|
|
|
Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi |
Saturday, October 16, 2010 |
Prof. Madya Dr. Fauzi Deraman
Sem. Malaysia: RM30 Sabah/Sarawak: RM33
288 Halaman
Buku 'Pengajian Hadith Di Malaysia: Tokoh-Karya-Institusi' merupakan sebuah buku yang memaparkan sejarah perkembangan pengajian hadith di Malaysia yang telah bermula sejak awal kurun ke 20. Buku ini mengupas mengenai sumbangan tokoh-tokoh ulama Melayu dalam pengajian Hadith melalui karya-karya penulisan mereka seterusnya institusi-institusi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan penyebaran hadith seperti masjid, pondok, sekolah agama sehinggalah diperingkat institusi pengajian tinggi.
Antara tokoh ulama Melayu yang diperkenalkan dalam buku ini sebagai tokoh yang menyumbang dalam pengajian hadith di Tanah Melayu ialah Syeikh Abdul Halim Hadi, Abu Bakar Palestin, Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi, Mustafa Abdul Rahman dan ramai lagi. Buku ini juga turut mengupas karya hadith tulisan jawi antaranya Ilham al-Bari, Tajzib Atraf al-Hadith, Bahr al-Madhi, dengan Guru Sahih Bukhari dan Muslim, Bulugh al-Maran terjemahan melayu dan sebagainya. Buku ini turut memuatkan maklumat mengenai sumbangan institusi formal dan tidak formal dalam pengajian hadith seperti Pusat Pengajian Pondok, Kandis, Bachok Kelantan, Pondok al-Madrasah al-Latifiyyah, Pondok Lubuk Tapah, Madrasah Miftah al-Ulum Bandar Seri Petaling, Pusat Pengajian al-Quran Darul Kauthar, Pusat Khidmat Sosial Islam (PAKSI), dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:41 AM |
|
|
Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith |
|
Dr. Faisal Ahmad Shah
Sem. Malaysia: RM25 Sabah/Sarawak: RM28
240 Halaman
Buku 'Manahij al-Muhaddithin: Metode dan Pendekatan Sarjana Hadith' membincangkan mengenai kategori dan jenis karya-karya hadith beserta metode yang diaplikasikan oleh sarjana hadith. Buku yang membahaskan 21 kategori karya hadith dengan kupasan metode kepada 40 buah karya hadith dianggap paling lengkap dan komprehensif pernah dihasilkan dalam bahasa melayu. Bab pertama buku ini membincangkan mengenai fungsi dan kedudukan hadith dalam Islam. Termasuk di bawah perbahasan bab ini juga ialah isu-isu berkaitan penolakan hadith pada masa kini.
Dalam bab kedua penulis membincangkan mengenai pengkaryaan hadith pada abad pertama dan kedua hijrah. Antara subtopik yang dibincangkan ialah keharusan penulisan hadith pada zaman Rasulullah dan kontroversi yang timbul mengenai hadith-hadith suruhan dan larangan. Turut dibincangkan ialah mengenai sahifah-sahifah yang ditulis oleh para sahabat dan dua kitab pertama yang dihasilkan pada kurun kedua iaitu Muwatta Malik dan Musnad al-Shafie. Kupasan mengenai Kutub al-Sittah pula dibincangkan melalui bab ketiga.
Manakala dalam bab keempat dan kelima pula sebanyak 20 jenis karya hadith dibincangkan antaranya al-Mustadrak, al-Mustakharjat, Gharib al-Hadith, Mustalah al-Hadith, al-Ma'ajim, Mukhtalif dan Musykil al-Hadith, Sharah al-Hadith, al-'Ilal, al-Mawdu'at dan sebagainya. Setiap karya yang dikenalkan dalam buku ini diulas secara komprehensif merangkumi biodata penulis, kandungan dan metode penulisan kitab.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:40 AM |
|
|
Buku Kemelut Peradaban Remaja |
|
Terbitan: Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Isu mengenai keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia bukanlah suatu yang baru. Saban hari kita didedahkan dengan perbuatan dan perlakuan tidak bermoral dan bertentangandengan Islam oleh segelintir rakyat Malaysia seolah-olahnya tiada kesudahan. Statistik menunjukkan isu-isu kemaksiatan, penagihan dadah, pembuangan bayi, penderaan kanak-kanak, perzinaan, khalwat, sumbang mahram, judi, arak di Malaysia terus meningkat dari tahun ke tahun. Pelbagai seminar, bengkel, program pernah diadakan. Pelbagai resolusi dan perancangan telah dilaksanakan. Namun ia masih gagal membendung atau mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat.
Justeru buku 'Kemelut Peradaban Remaja Di Malaysia' memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan usaha untuk meningkatkan peradaban mereka dalam pelbagai aspek termasuk kaedah al-Quran dalam menangani isu-isu remaja, al-Manhaj al-Nabawi dalam berinteraksi dengan remaja, pendekatan holistik dalam menangani gejala seksual dan perzinaan dalam kalangan remaja belia, peranan al-Amr bi al-Ma'ruf wa al-Nahy 'an al-Munkar dalam menangani isu-isu sosial, memahami perkembangan dan keperluan remaja dan peranan institusi keluarga dalam memartabatkan peradaban remaja.
Pendedahan berguna melalui buku ini diharap dapat menjana paradigma seluruh umat Islam dalam pelbagai peringkat untuk terus bekerja meningkatkan martabat peradaban remaja Islam kini kerana mereka adalah 'Amanah dan Tanggungjawab Bersama, Tonggak Masa Depan Negara dan Memimpin Masa Depan Ummah'.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:39 AM |
|
|
Khazanah al-Quran dan al-Hadith |
|
Terbitan: Jabatan al-Quran dan al-Hadith
Sem. Malaysia: RM45 Sabah/Sarawak: RM48
464 Halaman
Tradisi dan budaya keilmuan yang wujud di dunia Melayu pada hari ini adalah hasil daripada kesungguhan dan pengorbanan para ulamanya. Penat lelah mereka diterjemahkan melalui pengajaran dan penghasilan menuskrip telah berjaya membantu meningkatkan tahap keilmuan dan kefahaman masyarakat Islam. Inisiatif mereka dalam memantapkan pendidikan anak bangsa dengan penubuhan pelbagai pusat pendidikan dan pengajian sama ada berbentuk tradisional ataupun moden telah menggalakkan penyebaran ilmu dan mengurangkan tahap kejahilan di kalangan masyarakat.
Namun di sebalik kedudukan berprestij al-Quran dan al-Hadith sebagai sumber rujukan utama dalam bidang pengajian Islam, ia dikatakan tidak berkembang dan tersebar secara sepatutnya di Nusantara. Tidak ramai tokoh-tokoh ulama Nusantara yang dikenali kerana kewibawaan mereka di dalam mereka dalam bidang tafsir ataupun hadith. kebanyakan mereka lebih dikenali dengan keterampilan mereka di dalam bidang fiqh, tasawuf ataupun ilmu kalam.
Buku Khazanah al-Quran dan al-Hadith di Nusantara ini adalah hasil koleksi kertas kerja terpilih daripada Seminar Warisan al-Quran dan al-Hadith Nusantara (SIQAH). Buku ini amat perlu diketengahkan kepada umum untuk memastikan ketokohan, jasa serta karya-karya mereka terutamanya berkaitan al-Quran dan al-Hadith dapat dipelihara. Ia merupakan satu khazanah warisan negara yang sangat berharga buat rujukan masyarakat hadhari. Buku ini akan menumpukan perbahasan kepada tokoh-tokoh ulama, karya-karya dan institusi-institusi yang terdapat di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Brunei.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:39 AM |
|
|
Takhrij Hadith: Teknik Pencarian Hadith Yang Tepat Dan Berkesan |
|
Dr. Faisal Ahmad ShahSem. Malayasia: RM20Sabah/Sarawak : RM23145 Halaman Penyataan sesebuah hadith tidak akan sempurna jika tidak dinyatakan sumbernya dalam kitab-kitab rujukan asal dan statusnya sama ada diterima atau ditolak. Justeru buku ini memperkenalkan kepada para pembaca kaedah dan teknik berkesan pencarian hadith nabi dari sumber-sumber yang berautoriti dan diperakui. Buku ini mendedahkan kepada pembcaca enam kaedah terbaik pencarian hadith yang disepakati oleh para ulama. Enam kaedah tersebut ialah Takhrij Hadith Dengan Cara Mengenalpasti Perawi Hadith, Takhrij Hadith Dengan Cara Mengenalpasti Awal Matan, Takhrij Hadith Dengan Cara Mengenalpasti Kalimah Atau Lafaz Daripada Matan Hadith, Takhrij Hadith Dengan Cara Mengenalpasti Sifat Yang Terdapat Pada Sanad dan Matan dan Takhrij Hadith Melalui Pembacaan Dan Pemerhatian Yang Teliti Dan Bersungguh-sungguh Terhadap Buku-Buku Hadith. Setiap Kaedah diulas secara terperinci dengan tumpuan diberikan kepada metode susunan kitab dan cara penggunaannya.
Keistimewaan buku ini ialah paparan illusi gambar yang menarik mengenai teknik dan cara penggunaan kitab di samping penjelasan mengenai langkah-langkah yang perlu diikuti sebelum memulakan pencarian hadith. Pembaca juga didedahkan kepada teknik pencarian hadith melalui program Maktabah Syamilah, laman web www.dorar.net dan hadith.alislam.com.
Buku ini mampu menjadi manual panduan pencarian hadith kepada para pelajar pengajian Islam di Institusi Pengajian Tinggi selain pendedahan awal kepada masyarakat Islam mengenai buku-buku hadith dan cara penggunaannya.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:37 AM |
|
|
Siri Warisan Nabawi 'Ulum al-Hadith |
|
Prof. Madya Dr Fauzi Deraman
Sem. Malaysia RM 25 Sabah/Sarawak RM 27
Buku ini merangkumi kedudukan sebenar tata letak sunnah Muhammad s.a.w. di dalam syariat Islam. Ia mampu menangkis fahaman anti hadith dan mengekalkan status quo sunnah Rasul s.a.w sebagai sumber yang mendasari syariat dan hukum Islam. Tulisan yang membahaskan ilmu-ilmu berkaitan sains hadith atau ulum al-Hadith. Bagi memurnikan khilaf yang wujud berkaitan ilmu hadith, buku ini dapat memperincikan perbahasan yang dibawa oleh para ulama’ silam dan sekarang. Penelitian yang tuntas dan sederhana member gambaran yang jelas kepada sesiapa yang membelek halaman buku ini.
Buku ini juga mampu member maklumat awal tentang gambaran sebenar ilmu-ilmu berkaitan sunnah Rasul s.a.w. yang disusun atur oleh para ulama’ silam dan semasa. Disenaraikan bersama contoh-contoh yang mudah difahami di samping huraian yang jelas dan terang sebagai mana yang digariskan oleh ulama’ hadith.
Boleh menjadi rujukan sama ada diperingkat menengah, pengajian tinggi hatta masyarakat awam sekalipun. Sesuai menjadi buku panduan untuk pelajaran yang berkaitan hadith, tafsir, fiqh dan sebagainya.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:36 AM |
|
|
Mudarabah: Perkongsian Modal dan Untung |
|
Prof. Madya Dr Ishak Hj Suliaman, Mohd Faiz Hakimi Mat Idris & Kamaruzzaman Noordin
Sem. Malaysia RM 19.50Sabah/Sarawak RM 22.50
Mudarabah adalah buku kedua dalam Siri Analisis Hadith Muamalah. Keunikan buku ini adalah:
• Menganalisis hadith mudarabah menggunakan metodologi kualitatif dan kuantitaif di dalam pengajian hadith yang terangkum di dalamnya kaedah takhrij al-Hadith dan kaedah fiqh al-Hadith.
• Menghuraikan prinsip-prinsip utama transaksi mudarabah yang bersumberkan hadith-hadith Nabawi berautoriti dan huraian fiqh daripada ulama yang beribawa di bidang fiqh Islami.
• Memaparkan aplikasi prinsip mudarabah dalam produk-produk kewangan Islam di Malaysia yang meliputi produk deposit berasaskan mudarabah, pembiyaan projek mudarabah, pelaburan mudarabah antara bank, sistem cek secara Islam, penerbitan bon atau sukuk.
Dapat dijadikan rujukan ilmu Hadith muamalah di pelbagai peringkat pengajian ilmu Islam. Juga sesuai dibaca oleh umat Islam secara umum termasuk golongan bukan Islam yang berminat mengetahui konsep dan perbahasan mengenai al-Syarikah.
Buku-buku lain di bawah Siri Analisis Hadith Muamalah adalah: 10. Wasiat dan Hibah 11. Mudarabah 12. Riba’ 13. Takaful 14. Qard al-Hasan 15. Al-Rahn 16. Al-Ijarah 17. Murabahah 18. Wadi’ah
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:35 AM |
|
|
Al-Syarikah: Perkongsian |
|
Prof. Madya Dr Ishak Hj Suliaman & Mohd Murshidi Mohd Noor
Sem. Malaysia RM 25
Sabah/Sarawak RM 28
Al-syarikah adalah buku ketiga dalam Siri Analisis Hadith Muamalah. Keunikan buku ini adalah: • Menganalisis hadith al-Syarikah menggunakan metodologi kualitatif dan kuantitaif di dalam pengajian hadith yang terangkum di dalamnya kaedah takhrij al-Hadith dan kaedah fiqh al-Hadith.
• Menghuraikan prinsip-prinsip utama al-Syarikah yang bersumberkan hadith-hadith Nabawi berautoriti dan huraian fiqh daripada ulama yang beribawa di bidang fiqh Islami. • Mengandungi dalil-dalil yang lengkap daripada hadith dengan sumber rujukan atau ambilan (takhrij al-Hadith), terjemahan nas, perbahasan fiqh dan prinsip-prinsip muamalah yang menyeluruh. Dapat dijadikan rujukan ilmu Hadith muamalah di pelbagai peringkat pengajian ilmu Islam. Juga sesuai dibaca oleh umat Islam secara umum termasuk golongan bukan Islam yang berminat mengetahui konsep dan perbahasan mengenai al-Syarikah. Buku-buku lain di bawah Siri Analisis Hadith Muamalah adalah: 1. Wasiat dan Hibah 2. Mudarabah 3. Riba’ 4. Takaful 5. Qard al-Hasan 6. Al-Rahn 7. Al-Ijarah
8. Murabahah 9. Wadi’ah
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:34 AM |
|
|
Wasiat Dan Hibah |
|
Prof. Madya Dr Ishak Hj Suliaman & Rizalman Muhammad
RM 25
Wasiat dan Hibah adalah buku pertama di dalam siri analisis hadith-hadith muamalah. Keunikan buku ini adalah:
• Buku Pertama yang menganalisis Hadith Muamalah secara komprehensif dan ilmiah yang menggunakan metodologi kualitatif dan kuantitatif di dalam Pengajian Hadith yang terangkum di dalamnya kaedah takhrij hadith dan kaedah fiqh al-Hadith. • Member kefahaman berhubung transaksi wasiat dan hibah di dalam Islam melalui sumber yang berautoriti iaitu hadith-hadith Nabawi dan huraian fiqh daripada ulama yang beribawa di bidang fiqh Islami. • Mengandungi dalil-dalil yang lengkap daripada hadith dengan sumber rujukan atau ambilan (takhrij al-Hadith) daripada al-Kutub al-Sittah, terjemahan nas, perbahasan fiqh dan prinsip-prinsip muamalah yang menyeluruh.
Boleh dijadikan rujukan Ilmu Hadith Muamalah di pelbagai peringkat pengajian ilmu Islam dan kepada pelbagai kategori pendidikan umat Islam termasuk dari golongan non-Musim yang mempunyai minat untuk mengetahui konsep dan perbahasan transaksi wasiat dan hibah di dalam muamalah Islam.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:34 AM |
|
|
Khazanah Tafsir Di Malaysia |
|
Prof. Madya Dr Mustaffa AbdullahSem. Malaysia RM 30 Sabah/Sarawak RM 33
Khazanah tafsir di Malaysia adalah himpunan data berkenaan pengajian tafsir al-Quran, tokoh tafsir tempatan dan karya kedinamikan tafsir. Ia menampilkan 26 tokoh tafsir dengan pelbagai karya tafsir dalam beberpa alirantradisional, islah dan al-Dihlawi. Keadaan ini menggambarkan kedinamikan tafsir al-Quran di kalangan para ulama tempatan dan cendiakawan Islam di Malaysia
Isi kandungan buku tafsir in amat sesuai dengan keperluan masyarakat Islam untuk memahami tafsir al-Quran. Ia dimulai dengan sejarah perkembangan pengajian tafsir di Malaysia dan sistem pengajian yang digunapakai. Ia juga menyentuh tentang sejauh mana pengajian tafsir mendapat tempat di Malaysia berbanding dengan disiplin ilmu-ilmu lain. Buku ini juga memaparkan karya dan bentuk penulisan yang dihasilkan dalam pengajian tafsir serta tokoh tafsir di Malaysia yang telah berjuang mengembangkan pengajian tafsir sama ada melalui pengajian mahupun penulisan.
Buku ini amat mudah difahami dan sesuai dijadikan rujukan dan bahan bacaan semua peringkat sama ada sekolah menengah, institusi pengajian tinggi mahupun orang awam.
Paparan data-data dalam buku ini menobatkan jasa dan pengorbanan ulama Melayu dalam penghasilan karya tafsir. Semoga jasa mereka dikenang dan khazanah ilmu yang ditinggalkan dapat dimanfaat dan tidak hilang ditelan zaman.
Read more!
|
posted by Imtiyaz Group @ 2:33 AM |
|
|
|
|